Minggu ni adalah minggu stress. Tanggal 31 Oktober ni, seminar akan berlangsung dan saya sebagai 'assigned officer' untuk seminar ni akan dipertanggungjawabkan atas semua yg berlaku nanti. Baik atau buruk, kena ready. Takut... first time handle big event. Banyak benda lagi tak settle, aduhhh harap semuanya berjalan lancar.
Kerja banyak, stress. Bila balik rumah, emosi tak stabil. Rasa nak nangis, nak jerit kuat kuat... waaaaaaaa air mata dah mengalir laju ni.
Nangis bukan sebab kerja tapi sebab nasib diri.
Ya, saya bukanlah seorang yg alim, yg warak, yg sentiasa redha dgn apa Allah tentukan utk saya. Cuma saya cuba sedaya upaya utk berfikiran positif. Think positive, talk positive. Tapi saya bukan malaikat.... setan setan itu sentiasa menghasut minda saya. Setan setan itu selalu buat saya ragu ragu.
Tolonglah, tolonglah ya Allah, kuatkan iman saya. Teguhkan pendirian saya. Saya tidak mahu jadi hamba yg kufur, yg tidak bersyukur, yg menafikan ketetapanMu... huhuhuhu...
Sedih sedih sedih. Tak tahu nak gambarkan macam mana.
Kamu kamu dan kamu, tolong jgn provoke saya dgn produk kamu yg konon bagus, berkesan ke apa ke. Kamu bukan ditempat saya. Kamu tak rasa apa yg saya rada. Jangan kerana kamu, saya menyalahkan takdir. Tolong jangan kasihani saya. Saya tak pernah rasa susah, tak pernah rasa ingin diberi simpati.
Kamu patut kasihankan org yg ada anak ramai tp tak cukup duit utk jaga anak dgn sempurna. Kamu patut tolong mereka dgn hasil jualan produk kamu tu.
Saya kena kuat. Saya kena tabah. Saya kena yakin yg Allah tahu apa yg terbaik utk saya. Saat jari ni tgh menaip ni, hati saya ada je nak nafikan. Setannnn.... tolong berambus!
Allah, lindungi daku dari hasutan setan setan itu. Teguhkanlah keimananku.... amin, amin, yg rabbal alamin.....