Hari tu saya dah cerita serba pasal prosedur check up kan? Kali ni nak tunjuk gambar-gambar supplement yg terpaksa ditelan atas nasihat Datuk Dr. Nora..
Yang ni kena beli sendiri kat guardian. Harga dia RM69 kot, ada 60 tablets. Kandungan dia vitamin B complex, asic folic & zinc. Makan sebiji sehari jer selepas makan.
Ini minyak ikan, klinik yg beri. Contain 1200mg fish oil (omega 3) dan EPA, DHA & fatty ester kot... 1 biji, 2 kali sehari selepas makan.
Ini probiotics, untuk perut. Pun klinik yg beri. 1 biji, 2 kali sehari selepas makan.
Ini bio-enhance vitamin E. Apa yg enhancenya, saya pun tak tau. Klinik beri jugak. Sebiji sehari selepas breakfast.
Huh, mabuk supplement gak laa.. Tapi the best part is, lawas.... sangat lawas dan puas. Badan pun kurang berangin. Cuma kepala ada sikit ting tong especially pagi. Mungkin kesan awal kot, untuk sementara waktu.
Haaaa... nak cerita bab bil yang buat terbeliak biji mata tu kan? Boleh tgk gambar kat bawah ni untuk snapshot jumlah bil. Detailnya...
ADMIN CHARGE - CLINIC: RM5
CONSULTATION: RM180
DISPOSABLE GLOVES (ini yg doc pakai masa nak scan): RM5.10
VAGINA SPECULUM SIZE (tak tahu apa kebendanya ni): RM10
CONDOM (sarung kat camera untuk vagina scan.. erkkk): RM0.60
PROVAS 60 tablets (minyak ikan): RM138
PROBIOTIC: RM85
BIO-ENHANCE VITAMIN E: RM106
PROCEDURE - SCAN GYNEA & V. AID: RM102
GENERAL (test urine kot): RM280
HORMONE PROFILE (ni mgkn blood test yg berbotol2 darah tu): RM695
PAP SMEAR: RM70
TOTAL: RM1,676.70
Wallaaaweh... semoga berbaloi ler company bayor kos ni. Semoga tahun ni dapat la merasa cuti bergaji 3 bulan. Amin...