Quantcast
Channel: Blog Inayus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

TOPI OHHH TOPI….

$
0
0
Semasa berkenalan dengan abang (suami), saya selalu nampak dia pakai topi. Nampak handsome pula bila dia bertopi. So, bila kami dah kahwin, saya selalu belikan topi untuk abang especially bila saya keluar outstation ke luar Negara. Last saya beli topi untuk abang ialah topi ELVIS PRESLEY masa pergi Tennessee, USA pada bulan 6 tahun lepas. Masuk car gallery dia sekejab, lepas tu shopping beli topi, t shirt, key chain dan fridge magnet (benda wajib beli bila travel).

Sampai sekarang abang memang selesa bertopi bila keluar berjalan, even pergi shopping complex pun, dia akan pakai topi. Dan topi Elvis Presley memang jadi kegemaran abang (tak sia-sia saya beli mahal-mahal). Selain dari topi untuk jalan-jalan, abang juga ada koleksi topi untuk berkebun (since abang memang minat berkebun dan kawasan rumah kami dah jadi macam nursery pokok). Kesimpulannya memang abang sukakan topi.

Saya pula macam mana? Memang tak pernah pakai topi, alasan kepala kecil dan topi biasanya besar-besar. Tambah-tambah pula saya ni bertudung, so pakai topi memang rasa tak selesa.

Tapi, bila dah tengok koleksi topi tiba-tiba rasa berkenan pula. Eh, macam cantik jer, macam nampak lebih muda jer kalau pakai topi ni.

Kita ni, bila nak pakai apa-apa, mesti fikir lawa, cantik, kemas je kan? Pernah tak kita fikir sebenarnya topi ni ada fungsi yang memberi kebaikan juga, bukan setakat nak lawa je tau. Ni saya nak ‘sekolah’kan sikit pada fungsi pemakaian topi.


“Topi merupakan pelindung kepala dan kadangkala menjadi penyelamat untuk menyembunyikan rambut anda. Selain itu, topi pemakaian topi juga melindungi wajah anda daripada cahaya terik matahari serta ketika cuaca hujan. Hari ini, pemakaian topi adalah bertujuan sebagai aksesori kepala dan pelengkap gaya anda. Topi juga sesuai dipadankan dengan pemakaian pakaian kasual yang santai dan ranggi.


Berbalik dengan fungsi asal pemakaian topi, sehingga hari ini ia masih digunakan semasa bermain sukan baseball. Satu fakta menarik, permainan baseball adalah tidak sah jika para pemain tidak memakai topi baseball mereka.



Dan fungsi pemakaian topi yang paling relevan adalah ketika melakukan latihan sukan dan melakukan aktiviti outdoor. Bukan sahaja bertujuan untuk melindungi kepala anda daripada cuaca panas, ia juga bertujuan untuk memastikan rambut anda tidak mengganggu kelancaran sesi latihan anda.”

Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Trending Articles