Quantcast
Channel: Blog Inayus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

CARA JAHIT PINGGANG GETAH CAMPUR

$
0
0
Ambil contoh ukur lilit pinggang 30 inci

Kain pinggang keras dan getah (lebar 1 inci) - potong setiap satu dgn ukuran 30 bahagi 2 iaitu 15 inci.

Kain pinggang keras dipotong kepada dua, sama panjang iaitu 7.5 inci setiap satu.

Getah pula dipotong kepada dua, sama panjang iaitu 7.5 inci setiap satu. Salah satu getah akan dipotong lagi dengan ukuran salah satu lebih panjang 1 inci iaitu 4.75 inci dan 3.75 inci.


Kain pinggang keras dan getah dicantum mengikut sususan seperti di atas. Setiap jahitan mencantum kain pinggang keras dan getah adalah bertindih  1/2 inci. Getah yang paling hujung (sebelah kanan) adalah yang lebih panjang dari yang satu lagi (sebelah kiri). Maka getah tersebut adalah dibuat lidah pinggang sepanjang 1 inci.


Untuk buat lidah pinggang, guna perca kain dalam ukuran 4 inci x 4 inci. Perca kain dilipat dan dijahit lurus dengan jarak 1 inci atau lebih (boleh ukur guna lebar getah). Lebihan kain perca hendaklah dipotong. Basi dikedua-dua belah jahitan memadai 1/4 inci.

Terbalikan kain yang telah dijahit dan masukkan getah ke dalam lubang kain. Masuk kemas-kemas dan jahit melintang di atas kain supaya getah tak terkeluar.


Pada skirt, kita kena buat dart supaya jahitan pinggang skirt lebih kemas. Cara nak buat dart, mudah jer. Bahagian depan skirt, lipat dua untuk dapatkan titik tengah. Tanda titik tengah tu dengan jarum peniti.
Letak kain pinggang keras selari dengan titik tengah tadi, maknanya kena tanda juga titik tengah pada kain pinggang keras supaya kedua-duanya berada di kedudukan yang sama.
Lepas tu, tandakan di kedua-dua kiri dan kanan (garisan warna merah) untuk jahitan dart. Garisan ni kena pada hujung kain pinggang keras yang bercantum dengan getah.
Ulang cara sama untuk jahit dart di bahagian belakang skirt.


Mula-mula jahit dulu hujung kedua-dua getah pada kain skirt. Ingat, getah yang ada lidah adalah untuk belah belakang skirt. Lipatan tu saya ambil 1.5 inci. Boleh tengok pada gambar kedua.

Lepas tu baru jahit kain pinggang keras di posisi tengah2 dart tu. Sebab tu tadi masa nak jahit dart, kita guna ukuran sama dengan kain pinggang keras. So, hasilnya kedudukan kain pinggang keras adalah ditengah2 skirt. Nampak cantik dan kemas lah kan.

Tindih jahitan di sekeliling kain pinggang keras tadi. Buat di kedua-dua belah depan dan belakang.

Lepas tu, baru setelkan bahagian getah pula. Yang ni susah sikit tapi kalau dah pandai jahit, jadi seronok pulak. Main tarik2 antara getah dengan kain. 

Haaa... ni rupa bila dah siap. Kan kemas tu. Dah sama taraf dengan butik-butik kan? 

SELAMAT MENCUBA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 98